Kemudahan Maktab Rendah Sains MARA Besut

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah

  • Dewan Kuliah yang luas serta dipenuhi kerusi dengan kapasiti 180 pelajar
  • Bilik Tayangan
  • Blok asrama ( terdiri daripada Villa A dan Villa B )
  • Dewan makan bersih ( Lelaki dan Perempuan )
  • Surau Yang disertai dengan kipas besar yang memberi keselesaan pada pelajar
  • Bilik Badan Wakil Pelajar
  • Bilik Lembaga Disiplin Pelajar yang dijaga dengan rapi dan digunakan oleh pihak LDP
  • Bilik Sidang Redaksi
  • Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi serta bahagian aktiviti pelajar)
  • Pusat sumber pembelajaran beserta rangkaian internet dan penghawa dingin
  • Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, bilik matematik dan bilik bahasa, serta makmal komputer)
  • Padang bola sepak
  • padang ragbi
  • Cafe yang menyediakan menu makanan setiap hari